Thursday, April 22, 2010

PROGRAM MOTIVASI IBU BAPA DAN PELAJAR

Program Motivasi ibu bapa dan pelajar telah dijalankan pada 21 April 2010 ( Rabu ) bertempat di Dewan SKP5. Program melibatkan 60 orang murid tahun 6, Ibu bapa dan guru-guru.Program yang bermula pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 5.15 petang. Penceramah jemputan yang diundang ialah En. Norazmi b. Che' Lah, kaunselor cemerlang SMK Bukit Rokan.

Wednesday, April 7, 2010

Bilik Bimbingan dan Kaunseling Berwajah Baru

Bilik Bimbingan dan Kaunseling telah berpindah ke bangunan baru bermula 2 Mac 2010. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang selama ini berkongsi bilik dengan Bilik Audio Visual, kini beroperasi di tingkat bawah bangunan baru di hadapan pintu masuk sekolah. Mempunyai satu satu ruang tamu dan dua bilik untuk bimbingan / kaunseling individu dan kelompok.Suasana yang agak selesa dan kondisif ini diharapkan dapat membantu perjalanan program Unit Bimbingan dan Kaunseling SKP5 berjalan dengan lancar. Insyaalah.
  









Sunday, March 14, 2010

Program Tiga Penjuru


Program 3 Penjuru telah diadakan khusus untuk kecemerlangan murid tahun 6 2010. Program turut melibatkan pihak pentadbiran sekolah, pengurusan felda Palong 5 dan Palong 6. Turut hadir pelajar tahun 6 seramai 60 orang bersama ibu bapa masing-masing.


Tuesday, October 6, 2009

PROGRAM ANTI PONTENG

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menghantar lima orang murid SKP5 mengikuti Program Anti Ponteng anjuran PPD Jempol & Jelebu di SK. Palong 1 pada 6 Oktober 2009.

Wednesday, August 12, 2009

Bengkel Kecemerlangan UPSR 2009

Bengkel Kecemerlangan UPSR 2009 telah diadakan pada 8 Ogos 2009. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi persediaan menghadapi UPSR 2009 yang bakal diduduki oleh pelajar SK Felda Palong 5.

Bengkel ini turut disertai oleh ibu bapa dan guru-guru Tahun 6.

Wednesday, July 22, 2009

TAZKIRAH

Ingat 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara:

  • Muda sebelum tua
  • Sihat sebelum sakit
  • Kaya sebelum miskin
  • Lapang sebelum sempit
  • Hidup sebelum mati